Soalan Lazim


Q: Bolehkah bisnes topup ini dipercayai?
A:Server topup ini dikendalikan oleh Syarikat SIXTY EIGHT TOPUP DOT COM (No. Pendaftaran SSM: PC0009690-U) yang berdaftar di Pulau Pinang. Syarikat ini juga telah berdaftar dengan pihak KASTAM (GST ID: 000074506240).


Q: Adakah saya perlu membeli nombor baru (simcard) untuk mendaftar?
A: Tidak perlu! Anda boleh menggunakan nombor telefon sedia ada untuk mendaftar.


Q: Bagaimana komisyen atau keuntungan topup prepaid dibayar?
A: Keuntungan topup akan dibayar terus oleh pelanggan anda secara 'real time'. Contoh keuntungan Celcom 5.0%, maka setiap RM10, server hanya tolak RM9.50 sahaja dari modal anda dan anda akan menerima RM10 tunai daripada pelanggan. Maka keuntungan anda secara tunai adalah RM0.50.



Q: Adakah server beroperasi 24 jam?
A: Ya! Server beroperasi 24 jam tanpa henti kecuali diberitahu seperti proses baik pulih, 'maintanence' atau 'upgrading'.

Q: Adakah yuran pendaftaran perlu diperbaharui?
A: Tidak! Yuran pendaftaran hanya dibayar sekali sahaja sewaktu pendaftaran. Tiada yuran tahunan dikenakan.
 Q: Bagaimana cara untuk menjual topup kepada pelanggan?
A: Anda boleh menjual topup melalui 4 cara iaitu secara SMS, Online (web), We Chat dan SRS Mobile

Q: Bolehkah server melakukan jualan topup untuk nombor yang sama lebih dari sekali atau 2 kali pada hari yang sama?
A: Ya, boleh. Anda hanya perlu tunggu 30 minit selepas jualan topup kali pertama ke nombor yang sama ATAU anda boleh topup serta merta tanpa menunggu 30 minit dengan cara topup amaun yang berbeza
Contoh: Topup kali pertama RM10, Topup kali kedua RM5.
 Q: Saya dah tambah modal dan telah menghantar SMS ke server, tetapi masih tidak diterima setelah lebih 1 jam, bagaimana?
A: Jika selepas 1 jam, modal anda tidak masuk ke akaun topup, sila hantar SMS sekali lagi setiap 60 minit. Tetapi jika lebih dari 3 kali SMS dihantar, modal tidak masuk juga, anda perlu lakukan tiga (3) perkara berikut:

1. Semak baki modal anda. Ada kemungkinan modal telah pun masuk tetapi anda tidak menerima SMS. Untuk semak, taip BAL dan hantar ke server. Jika setelah semak baki, modal masih tidak masuk, sila lakukan step seterusnya. 
2. Hantar maklumat tambah modal melalui web.Jika modal tidak masuk juga selepas maklumat dihantar melalui web melebihi 1 jam, sila lakukan step seterusnya.  
3. Sila SMSkan/Call masalah anda ke Careline dengan sertakan agen id dan maklumat tambah modal.

Q: Adakah modal tambahan saya akan hilang?
A: TIDAK! Tambahan modal yang anda lakukan adalah modal pusingan. Anda akan dapat semula 'cash' atau tunai daripada pelanggan apabila anda menjual topup.


Q: Berapa lamakah tempoh menunggu bagi sesuatu transaksi jualan topup selepas SMS dihantar?
A: Kebiasaannya server akan proses dalam masa 60 saat. Jika lebih dari 10 minit, server akan menghantar SMS sama ada transaksi berjaya atau gagal.



Q: Saya dah topup no.hp pelanggan dan status transaksi SUCCESS tetapi pelanggan masih tidak menerima topup, bagaimana?
A: Terdapat beberapa langkah yang perlu anda lakukan iaitu:
Langkah 1 : Semak status transaksi melalui web portal diruangan 'Report Sales' dan 'Search'. Pastikan DN tertera nombor. Jika tidak tertera nombor, berkemungkinan besar topup tidak masuk.
Langkah  2 :  Jika status 'PENDING', anda perlu tunggu sehingga status transaksi menjadi 'REFUNDED' atau 'SUCCESS'.
Langkah 3 : Sekiranya status 'REFUNDED', ini bermaksud ada kesilapan dalam format SMS (salah no.hp, kod telco dan amaun) atau server reject. Sila SMS sekali lagi ke server dengan format yang betul.
Langkah 4 : Sekiranya status 'SUCCESS', tetapi pelanggan masih tidak terima topup lebih dari 30 minit, sila segera buat aduan secara SMS kepada pihak Careline/HelpDesk. Sertakan butir-butir Agen ID anda, No.Hp pelanggan, Amaun dan masa. Careline akan reply dalam masa 24 jam dan modal anda akan dipulangkan semula.

Q: Jika saya tersalah memasukkan nombor handphone orang lain ketika topup, dapatkah ditarik balik?
A: Tidak! Jika status jualan topup 'SUCCESS', ia tidak dapat ditarik balik. Syarikat tidak akan bertanggungjawab diatas kecuaian yang anda lakukan. Pastikan sebelum anda menghantar SMS topup, nombor handphone pelanggan hendaklah diteliti sebaik-baiknya.